
|
Bonjour!
Hey ! Follow my blog darling
Tagboard
Footprints here!
cbox code here
Credits Basecode: Nadya. Full edit: SitiSyuhadah Re-Edit by: NishaDawson
| Hidup Biarlah Berkawan :')
Dalam perjalanan kehidupan di atas kulit muka bumi ini bermacam ragam dan berbagai perkara yang kita tempuhi, pengalaman suka duka sentiasa bermain di fikiran.Hidup kita laksana lakonan adakalanya watak kita disukai malah adakala dihina dan dibenci.Walaupun usia kita sudah ke tahap kematangan ada tikanya kita bagaikan kebudak-budakan. Hari ini kita senyum, mungkin esok lusa kita menangis.Adakalanya sandiwara yang kita persembahkan menjadi pujian dan ada waktunya sandiwara kita menemui kegagalan mungkin menerima cacian dan ditertawakan orang.Begitu juga dalam persahabatan, ada kala kita bersahabat laksana bersaudara, ada ketika timbul bencana bermusuh-musuhan. Kata orang hari ini belum tentu berkawan lama, entah esok lusa menjadi lawan, mungkin hari ini menjadi lawan, satu hari mungkin menjadi kawan setia.Begitulah adatnya manusia yang masing-masing mempunyai hati dan perasaan, lebih mengenal erti dan menyingkap makna persahabatan.Sebelum berlaku perkara yang tidak sihat maka jagalah adat dan tingkah laku semasa berkawan. Kawan yang membawa kita ke jalan lurus adalah seorang sahabat yang baik akan tetapi kawan yang mengajak ke jalan berliku lebih elok ditinggalkan.Adakalanya kita tewas dalam penilaian sehingga terdesak mengikut hasutan kawan dalam percaturan kesetiaan membabi buta menyebabkan kita turut hanyut dengan masalah yang dihadapi oleh kawan kita sendiri.Berhati-hatilah agar kita tidak terjerumus sama ke dalam jurang hasil dari ciptaan kawan kita. :') Berhati-hati ketika memilih kawan agar tidak terpengaruh dengan kesesatan kawan sehingga melanggar hukum dan peradaban yang boleh membawa kita kepada kehancuran.Maka carilah seorang kawan yang baik budi bahasa, jujur tingkah laku, setia dalam persahabatan, pandai menjaga hati dan perasaan, bantu membantu, nasihat menasihati, tegur menegur demi kebaikan, ikhlas berkasih sayang serta sentiasa mendoakan kesejahteraan kita. Senyuman dari seorang kawan amat membahagiakan, akan tetapi jika kawan bermasam muka akan meresahkan perasaan kita.Sekali hati terusik belum tentu bertahun untuk menyembuh luka dan kemungkinan luka itu lambat laun akan bertaut kembali namun parutnya masih ada.Entah-entah luka bertambah dalam tidak akan sembuh selamanya.Tiada maaf bagi mu, tiada kemaafan lagi, kalau begitulah keadaannya. Pandai dan bijaksanalah mencari kawan kerana bukan semua orang boleh dibuat kawan, ada orang yang suka berkawan setakat kenalan biasa, ada kawan yang melebihi saudara, ada kawan setakat hanya berpura-pura, dan kerana ada sesuatu agenda kepentingan sendiri ada kawan yang makan kawan, ini amatlah kurang bijaksana dalam rukun hidup berkawan.Pepatah pujangga ada mengatakan ' kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar didapat '.... :') |
I own this blog
Rules first !
Tolong jangan mengubah atau menjadikan sebarang imej atau freebies kepunyaan anda.
Jangan mengubah atau menjadikan sebarang tutorial di dalam sebagai kepunyaan anda.
Jangan mengubah link sebarang imej sebagai link anda atau anda akan menyesal.
Free to use but definitely a must to credit.
Goodies and Tutorials

Basecode: 